Saturday 13 April 2013

rahim Orang Mati Diguna?

Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena Santapan Minda

Istanbul: Wanita pertama pernah menerima rahim daripada seorang penderma yang sudah mati disahkan hamil dua minggu selepas menjalani pemindahan embrio.

Kehamilan Derya Sert, 22, disahkan selepas keputusan awal hasil satu pemeriksaan berikutan proses persenyawaan di luar rahim di Hospital Universiti Akdeniz, Antalya, wilayah selatan Turki.


“Derya sihat ketika ini,” kata Mustfa Unal, doktor yang merawatnya, dalam satu kenyataan bertulis.

Derya disifatkan sebagai ‘keajaiban dalam bidang perubatan’ apabila menjadi wanita pertama di dunia berjaya menjalani pemindahan rahim daripada seorang penderma yang sudah meninggal dunia pada 2011 di hospital sama.


Berita mengenai kehamilannya memberi harapan kepada ribuan wanita di seluruh dunia yang gagal hamil.


Derya dilahir tanpa rahim, seperti seorang daripada setiap 5,000 wanita di seluruh dunia.

Doktor menanti selama 18 bulan sebelum menjalankan pemindahan embrio untuk memastikan organ asing itu masih berfungsi.


Derya adalah wanita kedua menjalani pemindahan rahim di dunia. Yang pertama dilakukan di Arab Saudi pada 2000 apabila seorang wanita menerima rahim daripada penderma yang masih hidup.

Bagaimanapun, pemindahan itu gagal selepas 99 hari dan doktor terpaksa membuang semula organ itu.


Sementara itu, Derya dijangka melahirkan anak menerusi pembedahan dan rahim itu terpaksa dibuang selepas kelahiran itu bagi mengelak kerumitan dan kemungkinan tidak sesuai lagi.


Derya dikatakan mula datang haid selepas menjalani pemindahan itu dan doktor yakin ia isyarat penting bahawa organ itu berfungsi.


Pakar bagaimanapun memberi amaran, Derya dan kandungannya berdepan dengan pelbagai cabaran kesihatan sepanjang kehamilannya, termasuk kecacatan pada bayi kerana Derya makan terlalu banyak ubat. - AFP

Dara Jutawan???

Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena Santapan Minda



Kuala Lumpur: “Kejayaan tidak dicapai dalam sekelip mata. Di peringkat awal, saya tiada masa untuk makan dan kerap bertukar pakaian di tandas awam semata-mata untuk bertemu dan ‘ambil hati’ pelanggan,” kata jutawan saham amanah dan insurans, Aida Nurlin Hanif, 32, menceritakan kerja kerasnya sebelum berjaya.

Ketika itu, dia perlu membahagikan masa antara pelajaran dan kerja kerana masih menuntut dalam jurusan Diploma Sains Aktuari di Universiti Teknologi Mara (UiTM).


Menjadikan kakaknya, Nor Akmar, 36, sebagai idola, usaha gadis bertudung ini nyata berbaloi apabila mampu bergelar orang kaya baru ketika masih di universiti.

Masakan tidak, pada usia 21 tahun ketika rakan sebaya masih mengharapkan wang biasiswa dan pinjaman untuk menyara kehidupan di kampus, dia mampu memiliki kereta mewah Porsche Boxster.


Aida Nurlin yang lebih mesra disapa Elynn berkata, prinsip utamanya dalam setiap pekerjaan mesti dibuat sehingga sempurna dan berjaya.


Katanya, dia teruja melihat kekayaan kakaknya lantas yakin mampu memperoleh kejayaan sama jika berusaha bersungguh-sungguh walaupun dibebani komitmen sebagai pelajar.

 Menurutnya, kuliahnya bermula jam 10 pagi, namun seawal jam 8 pagi setiap hari dia mengatur janji temu dengan pelanggan tetap atau mencari pelanggan baru.


Selepas janji temu, dia bergegas ke kuliah sebelum mengatur pertemuan lain ketika waktu makan tengah hari bagi membolehkannya mencapai sasaran peribadi.

“Rutin itulah yang dilalui sehingga tamat pengajian. Kadangkala sampai malam pun masih bertemu pelanggan hingga makan tak menentu,” katanya.


Kejayaan menakjubkan Elynn dan Akmar makin dikagumi pelbagai pihak hingga ramai menggelar mereka sebagai ‘millionaire sisters’ (jutawan adik-beradik).


Kini dua beradik kelahiran Ipoh, Perak ini mampu menjalani kehidupan bagaikan selebriti terkenal dunia, memiliki kereta dan banglo mewah serta membeli-belah di kota sehebat Paris, Perancis hasil keringat sendiri.


Mengimbau permulaannya sebagai perunding saham amanah, Akmar berkata, dia dipelawa seorang kenalan rapatnya untuk berkecimpung dalam bidang itu ketika berusia 23 tahun.


“Sebenarnya saya pemilik Ijazah Kejuruteraan Sistem Maklumat dari University of Manchester, Institute of Science and Technology (UMIST).


“Selepas menamatkan pengajian, saya sempat bekerja tiga bulan di sebuah syarikat besar di bidang teknologi maklumat (IT) sebagai pengurus besar.


“Namun, saya tidak puas dan beranggapan bidang amanah saham lebih sesuai dengan jiwa saya. Walaupun usia masih muda dan tidak ramai kenalan, saya yakin boleh melangkah jauh dengan usaha keras,” katanya.


Berkat kegigihannya, dia berjaya membuka agensi sendiri pada usia 25 tahun dan mengurus serta mengendalikan pelaburan hingga meletakkannya sebagai pengurus agensi kumpulan termuda di institusi kewangan terbesar di negara ini.


Malah, dia mampu memperoleh pendapatan lima angka atau sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan ketika berumur 26 tahun dan dua tahun kemudian, dia mampu melahirkan 10 Pengurus Agensi Kumpulan (GAMS).


“Rahsia kejayaan ialah mendapat restu orang tua. Ibu banyak memberi semangat manakala ayah, bekas Timbalan Pengarah Pendidikan di Perak serta adik-beradik banyak memberi kekuatan kepada kami berdua,” katanya.


Dua beradik jutawan itu pernah merangkul lebih 250 anugerah, termasuk Ikon Belia Negara oleh Kementerian Belia dan Sukan baru-baru ini, berikutan prestasi cemerlang sebagai perunding saham amanah.


Pencapaian lain termasuk Brand Ambassador, Group Agency Manager Platinum, Top GAM, Master Recruiter, Million Sales Achiever, Million Dollar Round Table dan Anugerah Usahawan Muda Universiti Malaya.


Sementara itu, mengenai projek terbaru, Elynn berkata, mereka melancarkan MyMep iaitu singkatan daripada Malaysian Young Millionaire Entrepreneur Project dengan kerjasama KBS dalam usaha membantu melahirkan usahawan muda berjaya dan dinamik dalam tempoh tiga tahun.

SUMBER

video buli: Luqman Tidak Bersalah!!

Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena Santapan Minda

Susulan kes buli ketua tingkatan, seorang pelajar disalah sangka sebagai pembuli. Luqman Al Hakim, 15, dikatakan antara seorang daripada pembuli sehinggakan makluamt dirinya tersebar di blog-blog mahupun laman sosial. Namun, dia sebenarnya tidak bersalah,dan tidak terlibat. Ketiga-tiga pembuli sebenar telahpun diberi hukuman. Jadi harap pihak diluar sana tidak menyalahkan Luqman.


Seberang Jaya: “Saya takut. Ada yang ajak bertumbuk...caci maki macam-macam dan paling sedih apabila ada yang tuduh ibu bapa saya tak pandai jaga anak,” kata Luqman Al Hakim Ahmad, 15, yang kini tertekan berikutan butiran peribadi dan gambarnya didedahkan sebagai suspek utama ‘geng samseng YouTube’ yang mendapat perhatian ramai di laman video sosial terbabit, sejak Selasa lalu.

Dia kini bimbangkan keselamatannya berikutan menerima pelbagai ancaman menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan ke telefon bimbitnya sejak Rabu lalu.


Katanya, dia menerima ratusan panggilan dan puluhan SMS sejak rakaman video itu didedahkan hingga ada pihak mendedahkan identiti dan menyiarkan gambarnya dalam blog.

“Semuanya berpunca daripada salah identiti apabila ada pihak menerima maklumat salah dan mengambil gambar saya di facebook (fb) sebelum mendakwa saya suspek utama kes buli terbabit.


“Saya membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatan apabila ada yang mendakwa mengetahui alamat rumah dan akan datang mencari saya.” katanya.


Sejak beberapa hari lalu, penonton YouTube di negara ini gempar dengan paparan video kejadian tiga pelajar membelasah seorang pelajar lain, di sini.

 Video berdurasi satu minit 32 saat itu memaparkan seorang remaja berpakaian sekolah dibelasah sekumpulan remaja lain, dipercayai rakan sekolahnya di sebuah kelas dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada 4 Mac lalu.


Kejadian itu mendapat kecaman orang ramai di laman sosial termasuk di Facebook hingga satu blog memaparkan maklumat tiga individu yang didakwa tiga pelajar pembuli terbabit dikenali sebagai ‘Pembuli SMK Tun Hussein Onn’.

Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin sebelum ini mengesahkan ketiga-tiga pelajar terbabit dibuang sekolah sejak 8 Mac lalu.


Ketiga-tiga pelajar terbabit disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.


Menurut Luqman, dia hanya mengetahui dinamakan sebagai suspek dalam kejadian itu apabila diberitahu sepupunya selepas pulang dari sekolah, Rabu lalu.


Katanya, dia terkejut apabila ada blog bukan hanya menyiarkan gambarnya sebagai suspek, tetapi turut menyertakan butiran tweeter, Instagram, FB dan juga blognya.


“Saya tak tahu bagaimana mereka mengetahui semua butiran terbabit.


“Saya terkejut kerana saya tidak terbabit langsung dalam kejadian itu,” kata anak bongsu kepada lima beradik itu.


Menurutnya, dia tidak dapat mengesyaki sesiapa yang menyiarkan gambar dan butiran alamat laman sosialnya.


Katanya, atas nasihat guru dan keluarga, dia membuat laporan di Balai Polis Seberang Jaya bagi mengelak terus menjadi mangsa tohmahan.


Dia berharap penahanan ketiga-tiga pelajar itu dapat membersihkan namanya dan tidak mahu ada lagi pihak mengaitkannya dalam kejadian itu.

SUMBER


Wednesday 10 April 2013

Giveaway Perfume by maszmadi.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena Santapan Minda..
Giveaway Perfume by maszmadi.blogspot.com
syarat sangat mudah :
 1. terbuka kepada pemilik blog yang ada alamat di Malaysia.
2. buat entry dengan tajuk "Giveaway Perfume by maszmadi.blogspot.com", link ke entry ini.
3. tinggalkan link entry kengkawan kat kotak komen ye.
4. selesai.
hadiah :
tentulah perfume kan..... 
sebanyak 5 perfume akan diberi kepada kengkawan yang bertuah yang ditaja khas oleh houseofdiza.blogspot.com
pemenang :
pemenang akan dipilih secara undian.....
keputusan akan dimaklumkan paling awal adalah pada 16.04.2013.....
inshaa Allah
tarikh GA:
08.04.2013 - 14.04.2013 (jam 2400)

Parody Ketua Tingkatan Kena Belasah

Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena Santapan Minda..

Hangat kes belasah ketua tingkatan, terjumpa pulak video parody berkenaan isu ni..


Kata Kita: Suka tak kena belasah? OK,kalau tak suka,jangan belasah orang lain ok..!

Sayang By Shae.. Anda pilih yang mana berkenan..

Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena Santapan Minda..

Melodi sama, lagu sama, cuma versi berbeza.. Anda tentukan,mana pilihan anda. Selamat mengundi..Eh silap.. Selamat memilih..:)

Sayang Versi Bobo



Sayang Versi Chegu Fatin


Sayang Versi Mr.Bie



Sayang versi Tauhid


Kata Kita: Dah Pilih? Apa pilihan anda?;)


Dengar lah rayuan ayahmu...

Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena Santapan Minda..






Cuba pinjamkan masa anda sebentar.. Hari ini hari beliau,kita belum tentu lagi..

1. Encik Semat Bin Umar, bernombor kad pengenalan 440316-12-5125, seorang warga emas berasal dari Kalabakan, Tawau, Sabah, menyewa di sebuah rumah sewa di Lorong Haji Said Kampung Jalan Kebun, Seksyen 30 Shah Alam bersama isteri yang di kahwini 10 tahun lepas yang berasal dari Medan, Indonesia. Beliau telah pikun dan isterinya pula menghidapi penyakit paru2 dijangkiti kuman.

2. Ketika di Sabah dahulu beliau mempunyai isteri dan 5 orang anak dan di percayai kelima-lima anaknya juga telah berhijrah ke Semenanjung.

3. Tiga minggu lepas isterinya telah di masukkan hospital selama 2 minggu kerana penyakit paru2 dijangkiti kuman. Oleh itu, Encik Semat hidup seorang mengharap belas ihsan jiran-jiran sebelah ketika ketiadaan isterinya.

4. Selepas menerima aduan dan membuat tinjauan, selasa lepas atas kapasiti sebagai SU JKKK, saya telah menulis surat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat agar dapat mengambil langkah sewajarnya bagi membantu Encik Semat dan pada petang tadi Jabatan Kebajikan Masyarakat datang dan membawa beliau ke Hospital Ampuan Rahimah Klang.

5. Oleh kerana isterinya mengadu bahawa beliau tidak mampu untuk menjaganya, Jabatan Kebajikan Masyarakat mungkin akan menempatkan Encik Semat di rumah Kebajikan orang tua.

6. Ketika ini, Encik Semat telah di masukkan di dalam wad kerana kesihatannya yang tidak baik.

7. Kepada anak-anak beliau atau sesiapa yang mengenali Encik Semat dan tahu dimana anak-anak beliau berada, saya merayu agar anak-anak beliau dapat mengambil berat tentang keadaan ayah mereka dan menjaganya sebelum beliau menemui Ilahi. Alangkah sedihnya jika beliau di masukkan ke rumah kebajikan dan sisa-sisa hidupnya di habiskan di sana tanpa anak-anak disisi.

8. Jika ada persengketaan dan sebagainya sebelum ini, lupakanlah dan berbaktilah kepada beliau kerana redha Allah itu begantung kepada redha kedua ibu bapa kita.

9. Sila hubungi Encik Nazri di Jabatan Kebajikan Masyarakat Klang 03-33710885

10. Sekarang En. Semat berada di Wad 8B Katil No 7 Hospital Ampuan Rahimah Klang Selangor.

(TOLONG SHARE POST INI!)

p/s: dibenarkan copy dan paste untuk tujuan share. kami melakukan ni atas dasar prihatin.jika anda boleh share mengenai kehilangan anak duta besar switzerland sampai disebar keseluruh talian komunikasi,apa salahnya anda berbuat demikian untuk pakcik ni juga...

ini masa dia,masa kita tak tau lagi bagaimana..


Sumber: Click sini

Tuesday 9 April 2013

Jual Jin Secara Online???

Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena Santapan Minda....

copy paste dari Zaxx In Da House.blogspot


Sedang syok mencari cerita untuk dibaca pai-pagi ahad ni, tertarik dengan cerita yang dijumpa kat Busuk.org. dari blog Zaxx In Da House. Berkenaan iklan yang mneyediakn perkhidmatan jin sebagai pelaris perniagaan.MAcam-macam hal ye dunia masa kini. Tapi sesungguhnya pengunaan jin boleh membawa kepada syirik. Untuk baca lanjut , jom ke blog INI.


SUMBER: Zaxx In Da House

Kata Kita: Tak ada jalan mudah untuk berjaya. Harus di jayakan dengan usaha.

Friday 5 April 2013

Bagaimana Kalau Rumah Anda Jadi Muzium Haiwan?

Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena Santapan Minda...



Anda Peminat haiwan? anda sangat suka kucing? Tapi pernahkah anda terfikir rumah anda dipenuhi dengan haiwan, tapi bukan sahaja kucing, malah badak, zirafah, gajah singa dan pelbagai lagi haiwan? Itulah yang berlaku di Quebec.

Quebec: Seorang pemburu haiwan mengisi rumahnya dengan lebih 300 bangkai haiwan yang dibunuh dan dikumpulnya sejak 40 tahun lalu.

Pameran kontroversi itu, termasuk singa, gajah dan zirafah dan kini diubah untuk menjadi muzium bernilai kira-kira RM26.5 juta.


Georges Daoust, 75, menembak semua haiwan koleksinya itu dengan senapang miliknya ketika ekspedisi di seluruh dunia.

Ahli perniagaan jutawan itu yang digelar ‘Dundee Buaya Kanada’ berkata, dia bernasib baik kerana mempunyai wang dan sihat untuk menjelajah bagi memenuhi minatnya.


“Haiwan pertama saya tembak ialah caribou (sejenis rusa) di pantai Tasik Caniapiscau di utara Quebec. Itulah permulaan kisah pemburuan saya 40 tahun lalu. Dari situ, saya ke British Columbia untuk dua ekspedisi memburu sebelum saya digigit pijat Afrika. “Sejak itu saya tidak pernah berhenti menjelajah ke seluruh dunia kerana memburu. Saya sudah memburu di lebih 40 negara di seluruh dunia,” kata Daoust.



Dia pernah diserang oleh seekor badak sumbu dan badak air ketika berburu di Tanzania.

“Anda perlu tahu bahawa badak air menghabiskan masa mereka dalam air untuk berlindung dari matahari. Sebelah malam mereka keluar untuk makan. Jika anda berada di laluan mereka ketika haiwan itu dalam perjalanan pulang untuk berendam semula pada sebelah pagi, anda akan diserang kerana dianggap menghalang mereka,” katanya.


Georges baru pulang dari Mexico tempat dia memburu bebiri liar di padang pasir.

Dia kini merancang lebih banyak ekspedisi, termasuk ke Ghana untuk memburu antelop dan ke Afrika Selatan.

“Saya dikurniakan dengan banyak perkara dalam kehidupan. Hari ini, pada usia 75 tahun, saya perlu bersedia ke tepi untuk memberi peluang kepada yang lain, “Apa yang menjadikan saya gembira ialah memberikan koleksi saya kepada muzium supaya apa yang saya lakukan boleh diteruskan,” katanya. - The Sun

SUMBER


Raja Pula Digantung?

Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena, Santapan Minda...

Kuala Lumpur: Hukuman berat digantung sehingga enam bulan bakal menanti ketua jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal andai didapati bersalah meskipun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak akan mendakwa beliau atas kesalahan melanggar peraturan Artikel 88 Statut FAM.

FAM semalam membuat keputusan mengeluarkan surat pertuduhan kepada pengendali pasukan negara itu berdasarkan Artikel 18 dan bukannya Artikel 88 yang diputuskan sebelum ini.

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib dipengerusikan Datuk Taufek Abd Razak bulan lalu, Rajagobal didakwa melakukan kesalahan melanggar Artikel 88 kerana mengeluarkan kenyataan mengkritik dasar FAM mengenai kehadiran pemain import dalam Liga Malaysia (Liga-M).

Berdasarkan Artikel 88 hanya Presiden dan Setiausaha Agung FAM berhak mengeluarkan kenyataan dan individu lain perlu meminta kebenaran terlebih dulu.




Bagaimanapun selaku ketua jurulatih, Rajagobal berhak membuat kenyataan mengenai pasukannya, namun beliau tetap didakwa menerusi Artikel 18 atas kesalahan mempersoal keputusan FAM menerusi kod 4.8.5 selepas kenyataannya disiarkan menerusi akhbar.


Penolong Setiausaha Agung FAM Datuk Ahmad Fuad Daud berkata, selepas surat pertuduhan dihantar kepada Rajagobal semalam, ketua jurulatih itu mempunyai masa untuk menjawab pertuduhan hingga 12 April ini bagi membela diri.

Sekiranya gagal dalam perbicaraannya, Rajagobal yang mempunyai kontrak dengan FAM hingga Disember ini boleh digantung enam bulan serta denda RM8,000.


“Surat pertuduhan kepada Rajagobal sudah dihantar hari ini (semalam). Beliau diberi hingga 12 April ini untuk menjawab surat pertuduhan itu. Beliau dituduh di bawah Artikel 18/3 FAM, Kod 4.8.5.

“Rajagobal tidak akan disiasat di bawah Artikel 88, namun sekiranya didapati bersalah, beliau bakal berdepan denda RM8,000 serta penggantungan enam bulan,” katanya.


Kes Rajagobal yang mula membimbing skuad negara pada 2009 tercetus apabila beliau mendakwa kehadiran pemain import Liga-M yang lebih mendapat tempat dalam pasukan utama menyebabkan negara ketandusan penyerang semula jadi.


Kenyataan beliau itu dibuat selepas menyaksikan anak buahnya tewas 1-4 di tangan Arab Saudi dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam 17 Mac lalu.


Sementara itu mengenai kes membabitkan bekas Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Ahmad Fuad berkata, FAM mungkin membuat keputusan mengenai hukuman yang bakal diumum Isnin ini.


“Kita sudah mengadakan mesyuarat khas. Mungkin Isnin ini kita akan tentukan.” Tunku Ismail yang digantung enam bulan dan denda RM18,000 oleh FAM selepas didapati bersalah melanggar Artikel 88 sebelum ini, dilapor berada di bangku simpanan skuad Johor Darul Takzim pada aksi menentang Terengganu pada 30 Mac lalu.


Bagaimanapun beliau sudah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden PBNJ kelmarin dan tugas itu kini disandang Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Obet Tawil.


Kata Kita: Adakah dengan artikel yang terkandung dalam FAM membuatkan tiada sesiapa pun yang boleh memberi pendapat melainkan presiden dan setiausaha? Jadi bagaimana satu-satu pertubuhan tu dapat di perbaiki kalau ada salah silap?

Thursday 4 April 2013

1st Giveaway By Emas Putih

As-Salam
Hari ni uzu nak lancar 1st Giveaway kat blog uzu. Dijemput join dan support Giveaway uzu ye.
Mana tau rezeki korang kan. Mudah-IIan :)
1st Giveaway akan berlangsung pada 04 April - 17 April 2013/11:59pm

SYARAT-SYARAT
1. Buat entry yang bertajuk 1st Giveaway By Emas Putih
2. Follow sponser, Like fanpage, Klik iklan, Klik G+ dibawah (wajib akan diperiksa)
3. PALING WAJIB Copy coding entry kat bawah dan Paste ke Html post

Coding Entry


[1. klik pada Html 2. paste coding entry 3. tekan compose . 4 klik publish]
copy coding entry ini di credit kan ke Mia Liana

Follow blog Sponser
Banyak sangat nak follow? Anggap je korang sedang berblogwalking and sambil menang hadiah.
Tak rugi ape pun kan . Dont worry diorang akan follow korang balik.
Like Fanpage Sponser


Klik Iklan Sponser
(Tunggu sampai habis loading) <-- data-blogger-escaped-jujur="" data-blogger-escaped-nbsp="">

Follow G+ Sponser



HADIAH-HADIAH

Top Referral
1st Cash RM 30
2nd Topup RM10

Hadiah Random
Domain (com/net/my) x 3
Banner 300x90/sebulan berharga RM100 di Ping.jer x 1
Bisness Card x 1
Bedak Arab x 2
T-Shirt Terengganu x 2
Beg x 2
Shawl x 3
Tudung Bawal x 3
Maskara Fiber berharga RM45 x 1
1x BB Cream Skin79 5g x 1
Necklace Vintage x 3
10 broochs x 2
Topup RM5 x 15
Topup 3 x 1
Buku "Aku Terima Nikahnya" x 1
Buku Diary of a Wimpy Kid : The Third Wheel by Jeff Kinney berharga RM48.50 x 1
Buku Ilmiah x 1
Bookmarks Eksekutif x 5
Frame x 1

Klik untuk melihat -->GAMBARAN HADIAH

Terima kasih kepada sponser-sponser yang sudi menaja 1st Giveaway by Emas Putih ini.

Mini GiveAway by ainamansor.com


Bismillahirahmanirrahim...


 photo bannerGA-2_zpsa0ed0dc9.gif


Langkah mudah untuk join:

1. Klik link 1 dan 2, tunggu sampai habis loading! Kalau tipu, tak berkat oooo :p

2. Follow Aina Mansor, Sheila Salim, Normi Nieza, Farah Waheeda, Budak Vanila dan Adam Faiz

3. Add to G+ Circles +Aina Mansor , +Farah Waheda Wahid dan +Normi Nieza

4. Like page

5. Buat entri bertajuk Mini GiveAway by ainamansor.com

6. Copy coding yang disediakan dan pastekan ke dalam entri


7. Tinggalkan URL entri dalam ruangan komen ini SAHAJA!


Terpulang untuk tag blogger lain ataupun tak :)

Senarai hadiah:
Top referral
URL blog akan diblast kepada 10,000 cbox menggunakan software Referrer X
Kelebihan : UV akan meningkat dan follower akan bertambah

Random.org
Blog review x 5 - Farah Waheeda
Topup RM5 x 2 - Normi Nieza
Blog review - Budak Vanila
Topup RM 10 x 1 - Sheila Salim
Blog review x 3 - Sheila Salim
Banner blog x 2 - Adam Faiz
Tapak iklan x 2 - Adam Faiz
29/3/2013 - 29/4/2013

Wednesday 3 April 2013

KUIZ: Ketahui di Mana Si dia tunggu Anda?

Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena Santapan Minda




Soalan:

Di atas meja terdapat sebotol air dan sebiji lemon, apa yang akan anda kaitkan dengan 2 benda ini?

A. Nak masukkan lemon ke dalam botol air
B. Perahkan jus lemon ke dalam botol air
C. Tak ada kaitan antara lemon dan air
D. Lepas makan lemon, minumair dalam botol

Orang yang pilih jawapan A:
Apabila anda pergi bersiar-siar, anda mungkin akan bertemu dengan si dia. Ini pasti satui percintaan yang sangat romamtik.

Orang yang pilih jawapan B:
Bakal pasangan anda berkemungkinan besar adalah rakan sekelas ataupun rakan sekerja anda. Setelah lama mengenali, anda dan si dia telah mempunyai keserasian dan melahirkan perasaan cinta.

Orang yang pilih jawapan C:
Anda mungkin berjumpe dengan si diadi tempat umum. Anda amat tertarik dengan kewujudan si dia. Inilah yang dikatakan cinta pandang pertama.

Orang yang pilih jawapan D:
Anda berkemungkinan akan berjumpa si dia di atas pengangkutan awam. Maka anda kena lebih prihatinketika perjalanan ke sekolah ataupun tempat kerja.

Tuesday 2 April 2013

Najib Salah Umum Pembubaran Parlimen?

Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena Santapan Minda..

Terbaca status rakan di Fb tentang kesalahan PM semasa mengumumkan pembubaran parlimen. sila fokus pada minit 1.23...
Tahun pembubaran 2012 atau 2013?



Kredit: Youtube 

Monday 1 April 2013

Ketahui Siapakah Yang Akan Cinta Pandang Pertama Pada Anda?

Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena Santapan Minda...



Kali ni jom try kuiz untuk lihat siapakah bakal cinta hati pengarang jantung anda..:) Ingat, ini sekadar suka-suka je..:)

Soalan: Anda paling suka bentuk....?

A. bentuk hati
B. bulat
C. Empat segi tepat
D. Bulan Sabit

Orang yang pilih jawapan A:
Anda tidak percaya pada cinta pandang pertama. Walaupun ada calon yang anda suka,, anda tidak akan mengambil tindakan untuk mengeratkan persahabatan. Andan akan menunggu sehingga anda mengenali si dia dengan lebih mendalam  barulah anda berani untuk mengambil tindakan yang selanjutnya.

Orang yang pilih jawapan B:
Orang yang akan cinta pandang pertama pada anda ialah orang yang mementingkan kecantikan ataupun paras rupa. Mereka akan menghiasi diri mereka dengan penampilan yang sempurna,maka mereka adalah tertarik dengan orang yang suka berhias.

Orang yang pilih jawapan C:
Orang yang cinta pandang pertama pada anda ialah orang yang mempunyai otak yang lincah. Mereka cekap menguruskan apa-apa sajadan mampu menjalankan tugas dengan baik berbanding denan orang lain.

Orang yang pilih jawapan D:
Orang yang cinta pandang pertama pada anda ialah orng yang mempunyai perancangan masa depan yang teliti. Apabila anda berbual-bual dengan si dia pasal masa depan, maka si dia tertarik dengan anda kerana anda mempunyai cita-cita sepertinya.

Sumber: KREKO isu 8 (21 Mac 2013)

kata kita: Ingat ye, ini just sekadar suka-suka,..:) Cinta itu rumit, tak kisahlah pandang pertama mahupun pandangan kelima, cinta sejati haruslah bersandarkan kesetiaan dan keihklasan..:)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More