Saturday 19 January 2013

Andai aku bersalah, Maafkan aku ayah...

Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena, Santapan Minda..:)

sumber: google


Masih dalam mood meninjau-ninjau laman sosial biru itu.. Melihat post kawan-kawan, macam-macam ragamnya. Ada yang sedang gembira, ada yang bermuram durja, dan ada yang bermadu kasih bermesra.. aku? Hanya setia menggerakkan jari jemari, scroll sana, scroll sini.. tanpa ada butang-butang huruf yang kutaip. aaah..malasla mahu mengupdate status.

Mata tertumpu pada satu post yang amat menarik hatiku untuk membacanya... ya .. ayat pertama dimulakan dengan  perkataan sedih... lantas aku terus menekan butang see more.... 
Tersentuh.. ya..sangat tersentuh... Cuba anda membacanya..( copy paste sekadar untuk berkongsi..)

Sedihnya..

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

###Syabani###

P/s: Sebak rasa hati..Teringat segala dosa, kenakalan dan kejahatan yang banyak aku lakukan..bukan saja terhdap ayah..malah pada emak..Ampunilah dosaku..:(

Segmen Top Up by Blogger Emas Putih

Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena, Santapan Minda..:)

Segmen Top Up by  Blogger Emas Putih


First time Da-Atmosfere nak join segmen..terujanya..:) Ni adalah segmen dari blogger hebat cik Emas Putih.  Jom join..mudah je caranya:

1. Buat entry bertajuk Segmen Top Up by blogger Emas Putih
2. digalakkan follow blog beliau...(follow la, tak menyesal punya..:)..
3. Tampal banner macam yang kat atas tu..
4. Letakkan ayat ini dibawah banner, Segmen Top Up by  Blogger Emas Putih
5. Hantar link segmen  ke ruangan komen segmen beliau..:)

Tarikh tutup : 30 Januari 2013..Cepat join ramai2..:)

Hadiah
Top Up RM5x10 blogger yang bertuah
(Jika melebihi 200 peserta, topup akan bertambah kepada 20 X RM5Top Up)


p/s: harap dengan join segmen dapat menambah kenalan blogger..:) 

get gadget hebat only rm4++? -samsung note 2 dll...

Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena, Santapan Minda..:)

sumber: google



Lama dah D.A (Da-Atmosfere) tak update blog ni.. Masa kurang mengizinkan.:) Hari ni semasa D.A melayari FB, ternampak lagi iklan yang lagi bertambah menggiurkan dari TOPAP FREE!!

Anda nak Samsung galaxy note 2, DSLR camera, Ipad, Laptop ? Semua dengan harga  RM4++ sahaja... WHAT??? biar betol.. Maka dengan sepantas kilat D.A pun klik ke link tersebut.. Oh tapi D.A jadi pening.. ermmm macam mana nak beli? Harga RM4++ or diskaun rm4++? baca punya baca, memang dikatakan harga rm4++ tapi kena join sistem dulu..oh ok2!! Tak sabar nak tau sistem apa...

Dengan sabar, D.A membaca.. walaupun masih kurang jelas, tapi dengan sedikit pemahaman, dapat D.A simpulkan yang sistem tu tak sesuai dengan D.A... eh knapa? huhuh sebab D.A ni kurang sikit dalam bab2 nak mencari orang untuk mendaftar sama, coz D.A will assume benda ni MLM..( bukan merujuk kepada sistem ni,just anggapan D.A kalau satu benda tu kena carik orang bawahan), So D.A pun batalkan niat nak dapatkan gadget dengan harga RM4++..:)

Anda bagaimana?
 
p/s: actually untuk daftar kena bayar yuran rm4++, then bila dapat 5 orang bawahan (yang jugak akan bayar rm4++) baru kita leh redeem gadget yang kita minati... hmm RM4++ x 6 (yuran kita + orang bawah 5 orang) = rm2+++... so harga gadget dalam lingkungan RM2+++... so adakah kita akan dapat gadget tu hasil dari yuran orang bawah kita? dan seterusnya yang bawah akan dapat dari orang bawahan dia.. ni just andaian D.A je , tak pasti la detail sistem tu macam mane..huhuu cuma D.A just not into it.huhuhu....

p/s lagi: this entry bukan nak mempersoal sistem mana2 syarikat or produk, just pendapat D.A je..:) dan D.A tak letak nama produk or link..:) just general je..:)

Monday 14 January 2013

Domain dot my percuma?

Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena, Santapan Minda..:)



beberapa hari lepas, Da-atmosfere ada bercerita tentang kecenderungan orang ramai dengan benda-benda percuma di entry Like Page dapat Topap Free? . Kali ni Da-atmosfere nak kongsikan mengenai domain percuma... Percuma??? Ya, percuma.. Jangan terkejut, sekarang , pihak Asiahost mengadakan promosi kepada belia berumur 18-45 tahun untuk menggunakan domain Dot My tanpa sebarang bayaran... berikut Da-atmosfere lampirkan email yang berkaitan, Da-atmosfere copy dari Blog INI, credit untuk blog ini, jom terjah blog hebat ni..:)

sumber: Timizero


Perhatian kepada pelanggan Asiahost,

Kami amat berterima kasih keatas tempahan anda terhadap domain .my, sekali lagi kami ingin meminta maaf keatas tempahan yang diproses lewat kerana kami menerima terlalu banyak tempahan yang tidak menepati syarat utama dari pihak .my DOMAIN REGISTRY.

Kami berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah menerima lanjutan dari progam yang kami laksanakan sebelum ini sebanyak 1500 kuata domain yang berakhir dengan .my. kali ini kami akan memberikan lagi 2000 kuata secara percuma kepada mana-mana warga Malaysia yang berumur 18 sehingga 45 tahun terutama kepada blogger di Malaysia.

Kami ingin meminta pertolongan dari anda untuk menyebarkan berita gembira ini kepada semua warga blogger di Malaysia. Anda perlu sebarkan maklumat ini di halaman blog anda untuk membantu blogger lain mendapat peluang besar ini. Untuk maklumat anda, domain .my dijual dipasaran dengan harga RM120.00 dan dalam progam yang dianjurkan oleh 1MYID ini anda hanya perlu membayar yuran tahunan pada tahun ke-2 dan tahun seterusnya RM20.00 sahaja.

Maklumat Penting : domain ini hanya untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 – 45 tahun sahaja. Sila isikan nama penuh seperti didalam kad pengenalan. Segala maklumat yang meragukan dan tidak menepati syarat serta tidak padan daripada maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan di proses. Proses tempahan akan mengambil masa yang sedikit lama bergantung jumlah pendaftaran. Domain yang didaftar tetap akan diberi secara percuma. Sila gunakan promotion code "belia".

Kepada yang berminat boleh la mencubanya..:) Jangan lepaskan peluang keeemasan ni..:)
maklumat lanjut boleh ke web Asiahost .

Friday 11 January 2013

Kucing pun kacak??

Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena, Santapan Minda..:)

Jangan ingat manusia je boleh melawa macam retis..Kucing pun boleh tau..:) Kucing pun nak jugak nampak cantik dan vouge macam Dato Siti Nurhaliza..:) Eh, semalam besday beliau... Selamat hari lahir tok ti..:)

Kalau dalam dunia manusia ada pertandingan ratu cantik, yang menghasilkan ratu-ratu cantik terkenal macam Miss USA Olivia Culpo, Aishwarya Rai dan Kimberly Legget, dunia kucing pun ada pertandingan yang menilai kecantikan dan kekacangan cik misai ni..:)

Penhujung disember lepas diadakan Pertunjukan dan Pertandingan Kucing Cantik 2012 di Pulau Pinang. Seramai 95 pemilik kucing berentap merebut gelaran juara mengikut kategori.

Nazri Mohd. Feroz Khan, 31 yang membawa kucingnya Allu berjaya merangkul gelaran kucing paling kacak. Ternyata berbaloi walaupun mengikut cerita beliau, dia menghabiskan rm400 sebulan untuk kelengkapan Ally dan 11 lagi rakannya..untungnya Ally..:)


Ally si Kucing kacak (sumber: Kosmo Online)

Like Page dan dapat Topap Free???

Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena, Santapan Minda..:)

Dalam banyak-banyak makanan, makanan apa yang paling sedap.???

.
.
.
.
.
.

Fuh, banyak betul jawapan.... tapi jawapan dalam skema Da-atmosfere ialah-----> Makanan yang halal dan FREE!!! hehehe...

Betul, betul, betul... dengan nada Upin Ipin, hati Da-atmosfere seakan setuju dengan jawapan dalam skema tu.. Heyy..sape yang tak nak barang free kan???? Kalau diberi Yuna secara percuma pun sapa yang tergamak nak menolak? hihihi ook imiginasi terlalu melampau..:) Tak perlu nak Terukir Di Bintang sangatlah..ahhaah

Tapi hakikatnya memang realiti orang akan suka sesuatu yang free.. Makan free, wayang free, bowling free, macam-macam la lagi.. kan kan kan.. (mohon angguk angguk jangan geleng ala-ala Ahli Fikir)... mungkin sebab faktor itu la Da -atmosfere berpendapat, satu page ni menggunakan fakta tu untuk mendapat like puluhan ribu dalam masa 3 hari saja....!!!! yang menariknya, dapat like beriban tanpa sebarang post!! AMAZING....



 Apa rahsianya???? ya...spam like klik yang menarik minat facebooker... dengan ayat "menyatakan akhirnya berjaya dapatt topup rm5, walaupun sikit, tapi sapa nak bagi free kan? " memang membuatkan ramai yang tertarik untuk mencuba. yang menariknya,,if nak try application tu wajib like dulu page.. this is SPAM what... tapi bagi sesiapa yang memang tahap ingin tahu mengalahkan Conan Edogawa dalam Detective Conan mesti akan klik tanpa was was... then... dapat ke topap tu??? Da-atmosfere tak tahu, coz memang dah klik link, tapi bila keluar je interface suruh klik like page terus tak berminat,hahaaha... tak tau la yang Da-atmosfere ni yang rugi atau apa, tapi nak tanya kepada sesiapa yang dah like... memang dapat ke TOPAP RM5 PERCUMA??? :)

p/s: terfikir jugak kenapa someone tu sanggup buat cara sebegini untuk dapat like yang beriban??? Oh ya..bayangkan if dah dapat likers beribu-ribu lemon, page tu memang satu page yang sangat bagus untuk promoting bisnes, ye la, customer viewer or market target adalah likers yang beriban tu kan..:)

Sunday 6 January 2013

Filem Pendek (Short Film) Penyeri Industri Perfileman

Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena, Santapan Minda..:)

Industri perfileman Malaysia sebenarnya tidak ketinggalan dari segi penghasilan filemnya, walaupun kualiti dan penonjolan ke peringkat antarabangsa masih jauh kehadapan. Namun, terdapat juga filem-filem yang berpotensi untuk diketengahkan dan Da-atmosfere percaya sekiranya berjaya diketengahkan, sesetengah filem itu bakal membuka mata dunia..Usaha menggarap dari segi jalan cerita dan kekuatan latar perlu diambil beratkan. Malaysia juga kaya dengan scenery dan permandangan serta tempat menarik untuk diketengahkan, maka gunakanlah khazanah yang ada sebagai bonus mencantikkan lagi filem yang dihasilkan.:)

Selain filem panjang yang kebiasaannya berdurasi dua jam hingga dua jam setengah, terdapat juga filem pendek yang berdurasi tidak lebih dua puluh minit pada kebiasaanya.. Kehadiran filem-filem pendek ini sebenarnya dapat menvariasikan industri perfileman. Penghasilan filem  pendek sebegini sebenarnya mencabar kerana motif dan mesej serta jalan cerita perlu disampaikan dalam jangka masa durasi yang lebih pendek berbanding filem di panggung. Pengarah dan krew produksi perlu lebih kreatif dan jitu dalam berkarya walaupun kos produksi secara logiknya lebih rendah berbanding filem penuh.

Kelahiran pengarah-pengarah indie ramai bermula dengan penghasilan filem pendek. Bahkan ada sesetengahnya menghasilkan filem pendek sebagai satu minat dalam berkarya selain mahu memberi didikan kepada penonton. Da-atmosfere suka gak tengok filem-filem pendek ni kat Youtube. Most of them memang sarat dengan mesej dan jalan cerita serta sinematografinya pun cun melecun..:)
So, di sini Da-atmosfere selitkan beberapa tajuk filem pendek yang pernah ditonton yang ala-ala thumbs up gak..:)Nantikan review dari Da-atmosfere about the short film.:)

p/s: kadang-kadang elok jugak kita tinggalkan dulu Aaron Aziz dan saksikan pelakon-pelakon dalam short film ni lak..:)



A short film written & directed by Rewan Ishak for Astro My Hometown Channel to celebrate his hometown, Perlis this Merdeka Day.

PRODUCED BY RED FILMS.

IEDIL PUTRA as ALI
JOSIAH HOGAN as UMAR GHAZI
TUAN FAISAL as ROSLAN MAHMUD

DIRECTOR / WRITER: Rewan Ishak
EXECUTIVE PRODUCER: Lina Tan
PRODUCER: Idora Al-Habshi

Rating Da-atmosfere: 4.5 BINTANG..:)

2. Kick Start by ShaKma Productions

Starring: Karnan, Loganathan, Fauziah, Sharathi, Snazzy & Hemraj

Directed By S.Balachandran
Written By S.Balachandran
Screenplay By S.Balachandran
Produced By S.Balachandran & C.Mahendra

Rating Da-Atmosfere :4.0 BINTANG

3. The Criminal by Madmiechannel


Rating Da-Atmosfere: 4.5 BINTANG

4. Tomato 1.0 by Madmiechannel


Rating  Da-Atmosfere: 4.0 BINTANG

5. The Invigilator by Manesh Nesaratnam

Staring by:
Cheryl Samad and Tony Eusoff
Rating Da-atmosfere: 4.0 BINTANG

Saturday 5 January 2013

Happy New Year 2013



Tahun baru datang lagi. Ramai yang mula memasang azam dan target masing-masing. Semoga segala yang dirancang sepanjang tahun ini akan berjalan lancar dan membuahkan hasil..:)

Da-atmosfere menyajikan anda beberapa video bunga api yang menarik sempena Sambutan Tahun Baru...enjoy!!!



1. Dubai /Burj Khalifa New Years Eve 2011( credit to youtube di channel S052970057)



2.Japanese Fireworks at Twin ring Motegi (credit to youtube di channel Hanabian )








  


3.Spiral fireworks yang memang unik.. (credit to youtube di channel Justme9212)


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More