Friday 15 March 2013

E- Fatwa: Anak Tidak sah Taraf

Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena Santapan Minda


Dunia hari ini, banyak terdedah dengan risiko gejala sosial yang semakin meruncing. Rentetan itu, remaja-remaja terdedah dengan kejadian hamil luar nikah. Berikut merupakan sedikit informasi berkenaan anak luar nikah atau anak tidak sah taraf.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan mengenai Anak Tak Sah Taraf. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
a. Anak Tak Sah Taraf ialah:
  1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.
     
  2. Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh).
b. Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.

Sumber: E- fatwa

Kata Kita; Sama-sama kita berdoa agar tidak terjebak kerana ranjau dan godaan pada zaman ini amatlah berat....

0 orang baik tengah conteng:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More