Wednesday 6 March 2013

Ustaz Azhar Idrus Jadi Pelakon?

Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena, Santapan Minda..:)



Bila bukak youtube, antara vido yang selalu jadi santapan adalah video Ustaz Azhar Idrus atau sesetangah memanggil UAI... Ceramah atau pemberian ilmu melalui kaedah yang diselitkan denga humor ternyata memikat hati ni..

Tadi semasa menjengah di mStar online , terbaca mengenai kumpulan Shiro akan berganding bahu bersama UAI dalam sebuah  filem terbaharu arahan Pierre Andre berjudul Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.

Wah, terujanya aku bila mendengar berita ni.. Tak sabar rasanya nak tahu apa pengisian filem ni. Harap-harap ia bukan sekadar filem komersial dan harus diselitkan dengan mesej yang bervariasi. Tapi aku yakin Pierre Andre akan buat yang terbaik,dan hasilnya juga terbaik. sama-sama kita menuggu kehadiran filem tersebut nanti.

Selain Shiro dan Ustaz Azhar Idrus, filem terbitan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) itu turut menampilkan pelakon seperti Zalif Sidek dan Along (Raja Lawak).

Sumber: mStar Online

0 orang baik tengah conteng:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More