Thursday 7 March 2013

Kawasan Keselamatan Khas Diwujudkan Di Sabah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Nukilan Pena, Santapan Minda


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat kawasan insiden pencerobohan di Sabah dan mendengar taklimat operasi Ops Daulat di sana. Rentetan daripada itu, beliau mengumumkan mewujudkan kawasan keselamatan khas bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat negara ini khasnya di pantai timur Sabah. Langkah ini juga bagi memastikan daulat negara tercinta ini dipelihara.

Kawasan keselamatan khas ini merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu. Kawasan keselamatan khas itu berpusat di Lahad Datu yang akan menjadi pusat perintah yang menempatkan beberapa kabin sementara supaya ia dapat berfungsi dengan segera.

Sebelum ini juga, pada 1972, kerajaan pernah menubuhkan Rajang Area Security Command (RASCOM), iaitu pasukan kawalan keselamatan di kawasan Rajang di Sarawak yang berjaya menghapus ancaman komunis di negeri itu dan diilhamkan pada zaman ayah Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussien.

Sumber: Buletin Utama TV3 dan Berita Harian Online

0 orang baik tengah conteng:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More