Wednesday 6 March 2013

Siapa penyanyi 90-an yang direman kes kematian suaminya?

Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena, Santapan Minda..:)

Beberapa hari lepas, aku terdengar berita pasal kematian suami seorang penyanyi. Menurut sumber, dikatakan penyanyi yang popular pada 90-an tu pernah memenangi Anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999. Jadi, lepas mengetahuinya,aku pun pulun la mencari siapa dia. Hari ini baru lah diketahui rupanya penyanyi berkenaan adalah Nouri yang popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir...

Nouri direman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi bagi membantu siasatan berkenaan kes berkenaan yang diklasifikasikan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan. 



Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 5 petang Selasa itu, Nouri, 39, dipercayai dengan sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dalam sebuah bilik dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kerana pergelutan dan kekasaran.

Sumber: Kosmo Online dan mStar Online.

Kata Kita: Artis merupakan public figure,so bila ada satu-satu kes, kebiasaanya akan menjadi hangat dan menggemparkan.... Semoga kita semua dijauhi daripada sebarang kemungkinan yang buruk..amin...

3 orang baik tengah conteng:

salam, saya copy cerita ni. saya dah kreditkan kepada blog saudara :)

Salam..:) terima kasih kerana sudi berkongsi di blog anda..:)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More