Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena Santapan Minda...
Anak itu kurniaan Ilahi yang amat-amat diharapakan bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin. Di negara ini, pengguguran menjadi suatu kesalahn sekiranya tiada sebab yang munsabah, seperti mengugurkan kandungan luar nikah. Merahsiakan kelahiran juga menjadi satu kesalahan. Namun lain pula keadaan di China. Umum mengetahui Negara China mengamalkan dasar pengawalan kelahiran anak bagi memantau kepadatan penduduknya. Dengan tujuan mengelak kepadatan penduduk yang melampau, dasar ini walaubagaimanapun dilihat sebagai kuarng berperikeamnusiaaan bagi sesetangah pihak ,terumtamnya apabila ada kes yang memerlukan ibu bapa memilih anak yang perlu hidup dan yang lain terpaksa dibunuh seperti di artikel INI, di mana kembar 12 dilahirkan dan 1 dipilih untuk hidup,dan yang lain terpaksa di bunuh.. Hati terdetik betapa kejamnya undang-undang ini...
Di China, 33 juta pengguguran telah berlaku dari 1971 hingga 2010 menurut sumber laman web kementerian kesihatan negara ini. Berkiut keratan artikel mengenainya di Kosmo Online..
Sumber: Kosmo Online
Sumber: Kosmo Online
BEIJING - Hampir 330 juta pengguguran telah dilakukan di China dalam tempoh 40 tahun lalu sejak ia melaksanakan langkah mengekang pertambahan penduduk, menurut perangkaan rasmi negara.
China merupakan negara berpenduduk paling ramai di dunia.
Data di laman web kementerian kesihatan awal tahun ini menunjukkan dari tahun 1971 hingga 2010, sejumlah 328.9 juta pengguguran dilakukan di China yang mempunyai 1.35 bilion penduduk.
Beijing menyatakan bahawa dasar satu anak yang diperkenalkan pada awal tahun 1980-an berjaya mengekang masalah penduduk berlebihan di samping melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Dasar tersebut bagaimanapun mengecualikan sebahagian keluarga di pedalaman, etnik minoriti dan pasangan yang masing-masing merupakan anak tunggal.
Namun, gesaan agar dasar itu dihapuskan semakin meningkat ekoran tenaga kerja yang berkurangan dan peningkatan bilangan warga emas di China.
Sebelum ini, beberapa pertubuhan hak asasi manusia mengkritik tindakan keras pemerintah dalam melaksanakan dasar satu anak satu keluarga tersebut.
Di bawah dasar itu, keluarga di bandar dibenarkan memiliki cuma seorang anak manakala keluarga di pedalaman dibenarkan mempunyai anak kedua jika anak sulong mereka ialah perempuan.
Mereka yang melanggar peraturan tersebut perlu membayar sejumlah denda. - AFP
Kata Kita: moga-moga negara ini tidak mempraktikkan undang-undang sebegini...
Kata Kita: moga-moga negara ini tidak mempraktikkan undang-undang sebegini...
1 orang baik tengah conteng:
susah nak cakap undang2 ni kejam atau tak... sbb keadaan kepadatan penduduk diorg dalam keadaan darurat...
Post a Comment