Friday 8 March 2013

Siapa Yang Betul? Saiful atau Ayahnya?

Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena Santapan Minda..



Pagi 8 Mac , bapa kepada Saiful Bahari iaitu Azlan Mohd Lazim membuat pengakuan maaf kepada Datuk Seri Anuar Ibrahim dan mendakwa pertuduhan liwat yang dilemparkan itu sebagai fitnah dan konspirasi politik. Dalam sidang media itu, Azlan turut mendakwa segala kenyataan Saiful dalam perbicaraan liwatnya sebelum ini diaturkan oleh pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan seorang peguam, Zamri Idrus.

Dalam kenyataannya juga, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anaknya dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan oleh Zamri.

Walaubagaimanapun, Saiful dalam satu sidang akhbar pula meminta ayahnya, Azlan kembali ke pangkal jalan kerana didakwanya "telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim". Saiful menegaskan bahawa beliau akan terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan dan segala keterangan di mahkamah, juga sumpah laknat yang telah  dilafazkan hingga akhir hayat.

Menurut Saiful yang akan berkahwin dua minggu lagi, beliau yakin ayahnya "menjadi mangsa politik Anwar" kerana sidang media ayahnya pagi tadi diaturkan seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat, dan dilakukan untuk "mengalih perhatian isu pengkhianat negara"

Sumber: Malaysia Kini

Kata Kita: Telah dijadikan benda berpasangan , lelaki dengan perempuan, betul dengan bohong.. Jadi tidak mungkin kedua-duanya bercakap benar, mesti salah satunya berbohong. Wallahua'lam....

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More