Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena Santapan Minda
Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita seorang penyanyi 90-an yang direman selepas kematian suaminya,iaitu penyanyi Nouri. Namun, teman baiknya tampil menyatakan Nouri tidak bersalah dan hanya bertindak mempertahankan dirinya akibat selalu didera. Walau apa pun, biarlah pihak berwajib menjalankan sisatan dan kita serahkan kepada sistem perundangan negara yang tentukan.
Petikan dari
Murai.com.my:
KUALA LUMPUR, 7 MAC 2013: Berikutan kes penyanyi 90-an
iaitu Nouri yang didakwa membunuh suaminya menyebabkan seorang teman
baik kepada penyanyi ini terpanggil untuk menghubungi Murai bagi
menjelaskan keadaan yang berlaku berhubung peristiwa tersebut.
Malah, pemanggil yang ingin dikenali dengan nama Da memberitahu bahawa
dia merupakan orang yang terakhir dihubungi penyanyi tersebut sebelum
Nouri di tahan oleh pihak polis.
"Saya adalah kawan kepada si mati (Azmi). Saya kenal Nouri ini selepas
dia berkahwin dengan Azmi. Saya tahu perangai Azmi tu macam mana. Saya
juga sangat rapat dengan Nouri.
"Saya bukan nak memburukkan arwah. Sebaliknya, saya rasa tidak puas
hati apabila melihat laporan media yang hanya menjurus kepada sebelah
pihak saja.
"Masa pertama kali mereka berkahwin, saya tidak sampai hati nak
bercerita tentang perangai sebenar Azmi kepada Nouri," katanya kepada
murai.com.my.
Meneruskan penjelasan, Da mengatakan selepas Azmi berkahwin, Nouri banyak menyara hidup keluarganya.
"Selepas Nouri mengandung, dia mengalami alahan yang teruk sehingga
mulutnya senget. Namun, dia tetap menyara kehidupan sekeluarganya.
"Azmi langsung tidak buat apa-apa. Malah, Azmi pernah mengikuti saya ke
satu majlis ketika Nouri sakit sarat mengandung. Waktu itu, Azmi
langsung tidak pedulikan isterinya.
"Azmi juga banyak minum pada malam itu. Saya dan suami saya yang
menghantarnya pulang. Sebelum pulang, saya dapati Azmi tidak terus masuk
ke rumah sebaliknya menunggu di luar dulu agar bau arak itu hilang,"
jelasnya.
Tambahnya lagi, tatkala penyanyi ini bersalin, Azmi langsung tidak
dapat melawat dan dia juga langsung tidak mempunyai wang walaupun RM50
untuk membayar bil bersalin.
"Masa bersalin pun, Azmi tiada duit nak bayar bil walaupun hanya RM50
saja. Anaknya lahir dan menderita sakit usus. Disebabkan perkara ini
semualah, lama-lama Nouri sudah tidak tahan lagi dengan Azmi.
"Dia hidup seperti tidak mempunyai suami langsung yang sepatutnya
menjaga nafkahnya. Rumah yang mereka duduk itu pun adalah rumah Nouri.
Selepas Azmi dihalau dari rumah itu, Azmi bertindak pelik dan sering
saja menggangu Nouri. Azmi juga pernah menyamar menjadi stalker.
"Pada satu hari, Azmi pernah menceroboh rumah Nouri dan dia nak rogol
Nouri. Sungguhpun waktu itu Nouri mahu melaporkan kejadian itu kepada
pihak polis, tetapi ia seperti tidak boleh kerana mereka masih lagi sah
suami isteri," ujarnya.
Tidak berniat untuk mengeruhkan keadaan, Da memberitahu Azmi pernah
memukul isterinya itu di lif di kawasan rumahnya di Ampang Boulevard.
"Azmi pernah belasah isterinya di lif. Siap ada bukti dari CCTV lagi.
Malah, jiran-jiran di situ pun sudah tahu. Pada malam kejadian itu, saya
adalah orang yang terakhir dihubungi Nouri.
"Waktu itu, suaminya itu sudah mati dan polis sudah berada dirumah. Nouri sempat bercerita keadaan sebenar yang berlaku.
"Setakat ini, saya masih belum disiasat polis. Ini pertama kali saya
menjelaskannya kepada pihak media, " katanya panjang lebar.
Dengan berniat mahu masyarakat tahu kisah sebenar sebelum menghukum
sebarangan terhadap penyanyi itu, Da mengatakan suaminya pernah mendapat
panggilan dari Azmi sehari sebelum kejadian.
"Azmi ada telefon saya dan suami. Dia mengugut kami dan mahu heret kami
semua kerana dia menuduh kami yang menghasut isterinya itu untuk
bercerai.
"Pada malam Azmi mati, Nouri mengatakan Azmi telah merempuh masuk ke rumah itu. Waktu itu, pintu sliding
rumah Nouri tidak berkunci. Lepas masuk, Azmi mengamuk dan terus pukul
Nouri. Dua orang anak buahnya pun ada di situ menyaksikan kejadian.
"Waktu bergaduh, anak buah itu tidak berani dekat tetapi apabila Azmi
sudah terduduk, mereka menghampirinya dan pegang Azmi. Selepas itu,
Nouri meminta anak buahnya ambil tali pinggang dan mengikat suaminya itu
supaya dia tidak bertindak agresif lagi," jelasnya.
Apa yang pasti, ketika malam kejadian, anak buah penyanyi ini nampak
keadaan Azmi berlainan dengan mata yang merah. Oleh itu, Da memberitahu
bahawa Azmi adalah seorang yang jenis suka mengambil barang terlarang.
"Saya tahu Nouri tidak berperangai sebegitu. Selama ini pun, Azmi tidak pernah datang ke rumah itu untuk melawat anaknya.
"Sebaliknya, Azmi hanya datang mahu memujuk penyanyi itu untuk rujuk
dengannya. Apa yang berlaku setakat ini lebih kepada Nouri mahu
mempertahankan diri.
"Keputusan pun masih lagi belum ada. Saya tahu, Nouri seorang yang
bertanggungjawab tidak seperti si Azmi yang lebih kepada cuci kaki
selepas berkahwin dengan Nouri," jelasnya.
Artikel penuh di
SINI.