Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena, Santapan Minda..:)
Negara dikejutkan dengan berita pencerobohan di Lahad Datu yang membawa kepada kehilangan nyawa dua orang anggota dalam serangan tersebut. Dalam kesedihan menyelubungi pemergian wira negara itu, satu berita terbaru dilaporkan dimana seorang lagi anggota terbunuh dalam serangan di Semporna dan dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu sebagaimana yang dipetik dalam sedutan berita berikut:
SUMBER: UTUSAN
SEMPORNA 2 Mac - Kumpulan bersenjata asing dipercayai penyokong Tentera Diraja Kesultanan Sulu melancarkan serangan terbaharu mengakibatkan seorang pegawai polis terbunuh dan seorang cedera di Kampung Simunul, kira-kira tiga kilometer ke bandar Semporna, pukul 7.30 malam tadi.
Utusan difahamkan kumpulan penyerang adalah Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang telah mula memasuki dan menetap di beberapa kawasan di Sabah secara berperingkat sejak empat bulan lalu.
Difahamkan siren kecemasan dibunyikan di Kampung Simunul dan semua penduduk termasuk di kampung berdekatan iaitu Kampung Air dan Kampung Sri Jaya diarah tidak keluar dari rumah masing-masing. - UTUSAN
SUMBER: SINAR HARIAN
3 Mac 2013
KUALA LUMPUR - Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam tadi.
Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.
Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.
Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.
Kelmarin, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak
apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.
apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.
Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh.
Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46. - Bernama
Kata Kita: Ya Allah .. selamatkan mereka yang berada di sana dan permudahkan lah perjuangan wira negara. Semoga segalanya akan berakhir dengan aman..AMIN... Sama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan negara kita dan rakyat seisinya..
Kata Kita: Ya Allah .. selamatkan mereka yang berada di sana dan permudahkan lah perjuangan wira negara. Semoga segalanya akan berakhir dengan aman..AMIN... Sama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan negara kita dan rakyat seisinya..
1 orang baik tengah conteng:
ini akibat kerakusan malasia sendiri yang doyan nyaplok daerah orang
Post a Comment