Friday, 15 March 2013

Kenapa Penasihat Jamalul Kiram gagal hadir ke Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) ?

Assalamualaikum dan salam nukilan pena santapan minda

Baru berkesempatan online..so gigih membuka online newspaper untuk mengikuti perkembangan insiden di Lahad Datu.. Terbaca berita mengenai Penasihat Jamalul Kiram yang tidak hadir ke Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) untuk siasatan. Berikut petikan dari KOsmo Online di artikel INI.

Sumber: Kosmo Online

MANILA - Jurucakap keluarga pemimpin puak pengganas Sulu, Abraham Idjirani gagal untuk hadir ke Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) selepas dia menerima saman untuk hadir bagi memberi keterangan dalam siasatan berhubung konspirasi pencerobohan di Sabah.
Menurut portal berita ABS-CBNnews.com, Pastor Boy Saycon yang merupakan penasihat kepada Jamalul Kiram III turut tidak hadir selepas saman tersebut dikeluarkan.
Kedua-dua mereka telah menghantar surat tunjuk sebab kepada NBI kerana tidak hadir.
Saycon yang dipanggil oleh NBI pada Selasa lalu berkata, tiada seorang pun ahli keluarga Jamalul Kiram akan pergi ke NBI untuk memberi keterangan walaupun mereka telah dipanggil.
Hanya penyampai radio, Waldy Carbonell hadir ke NBI untuk memberi keterangan.
Bagaimanapun, Carbonell menafikan penglibatannya dalam konspirasi di Sabah.
Dia mendakwa hanya mengetahui kehadiran para pengikut Jamalul Kiram di Lahad Datu, Sabah selepas dua hari mereka meninggalkan Sulu.
Carbonell mengaku dia merupakan rakan rapat dan penyokong Jamalul Kiram.
Bagaimanapun, dia menegaskan tidak pernah memberi sebarang nasihat mengenai rancangan untuk mengambil alih Sabah.
Pada Selasa lalu, sepina dikeluarkan NBI kepada Jamalul Kiram dan beberapa ahli keluarganya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan terdapat konspirasi dalam krisis pencerobohan di Sabah.
Namun, pihak NBI telah menarik balik sepina itu dan hanya Idjirani diminta tampil bagi mewakili pihak keluarga itu.
Isu pencerobohan itu berlaku selepas sekumpulan lelaki bersenjata yang merupakan pengikut Jamalul Kiram menceroboh Lahad Datu pada 12 Februari lalu.
Pencerobohan itu menyebabkan berlakunya pertempuran antara kumpulan keselamatan Malaysia dengan para pengikut itu. - Agensi

Kata KIta: semoga semuanya berakhir....

2 orang baik tengah conteng:

done following you... hope follow back!! hihi.. sekrg ni tengah kecoh kes lahad datu.. blog ni boleh bantu aisya tahu info terkini

thanks for following..done folow u too..:) makaseh ye..sy akan usaha berkongsi selagi boleh..:)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More