Thursday 7 March 2013

Puteri Sulu Berbohong Gambar Pencerobohan Di Sabah?

Assalamualaikum dan Salam Nukilan Pena Santapan Minda..

Belum pun reda dengan kisah insiden pencerobohan di Sabah, terbaca pula berita mengenai satu gambar yang didedahkan oleh seorang yang dikatakan kerabat Kesultanan Sulu iaitu Puteri Sultan Sulu yang didakwa gambar anggota yang terkorban dalam insiden tersebut. Namun, gambar itu dikatakan bukan gambar ketika insiden di Sabah, sebaliknya adalah gambar anggota tntera Thailand pada 2007. Berikut petikan berita yang diambil dari Kosmo Online.

Petikan Berita: 

MANILA - Pejabat Presiden Filipina, Benigno Aquino III mendakwa anak Sultan Jamalul Kiram III, Jacel Kiram menunjukkan sekeping gambar palsu yang menunjukkan anggota-anggota keselamatan Malaysia yang terkorban semasa bertempur dengan para pengikut bapanya di Kampung Tanduo, Sabah, lapor portal berita ABS-CBNnews.com kelmarin.
Jamalul Kiram yang mendakwa sebagai Sultan Sulu menghantar adiknya, Raja Muda Azzumuddie dan para pengikutnya ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu untuk menuntut hak warisan Kesultanan Sulu.
Pertempuran kemudian berlaku antara anggota pasukan keselamatan Malaysia dengan para pengikut Jamalul Kiram itu.
Jurucakap Pejabat Presiden dalam satu kenyataan media berkata, gambar itu merupakan gambar anggota-anggota tentera Thailand yang terkorban dalam satu kejadian pada tahun 2007 dan tiada langsung mempunyai kaitan dengan krisis di Sabah.
"Percubaan penipuan Kiram melampaui batas dan tersasar ke dalam tindakan menghasut dan tidak bertanggungjawab.
"Ia menyebabkan timbul persoalan tentang kewibawaan keluarga Jamalul Kiram dan pengembaraan mereka yang malang itu," kata pejabat berkenaan.
Pejabat itu mempersoalkan sama ada beberapa dakwaan lain yang dibuat Jamalul Kiram juga palsu.
"Kita semua kini memikirkan adakah terdapat kenyataan-kenyataan lain yang dibuat keluarga Jamalul Kiram juga adalah palsu?" kata pejabat tersebut.
Menurut portal berita GMA News, gambar itu sebelum ini telah diterbitkan di muka hadapan akhbar Philippine Star.
Selepas dimaklum beberapa orang pembaca, pihak GMA News kemudian turut mengesahkan imej tersebut palsu.
Gambar askar-askar Thailand yang terkorban itu pernah disiarkan di internet sebelum ini. - Agensi

0 orang baik tengah conteng:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More