Wednesday 27 March 2013

Dah mati Hidup semula?

Assalamualaikum dan salam nukilan pena santapan minda...







Orang mati boleh hidup semula ke? Berikut merupakan keratan berita yang disiarkan di my Metro online berkenaan seorang pelacur yang dipercayai telah mati tetapi kemudiannya hidup semula...

Bulawayo (Zimbabwe): Seorang pelacur yang mati ketika mengadakan seks bangkit dan menjerit ketika dia hendak dibawa keluar dalam keranda dari sebuah hotel.
Kejadian berlaku di Hotel Manor di Bulawayo apabila wanita berkenaan, MaNadlo yang melacur di hotel itu pengsan dan dikatakan mati ketika mengadakan seks dengan seorang pelanggan.

Bagaimanapun, ketika mayatnya diletakkan di dalam keranda, dia tiba-tiba terjaga dan menjerit: “Kamu hendak membunuh saya?” Orang ramai yang berkerumun untuk melihat mayat wanita itu diusung keluar bertempiaran lari apabila dia bangkit.

“Ia seperti dalam filem. Orang ramai berlari kerana ketakutan. Ia kejadian yang menakutkan kerana kami yakin dia mati memandangkan tubuhnya kaku macam mayat. Sungguh ajaib,” kata seorang saksi.

Menurutnya polis berjaya mententeramkan wanita berkenaan. - Agensi

Baca di myMetro

Kata Kita: Macam-macam hal yang boleh berlaku....

0 orang baik tengah conteng:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More